About Paih Peneroka Games
Salam hampa, Nama saya Faizhafizi tapi hampa boleh panggil Paih,
Dalam saluran ini, saya nak membawa hampa meneroka dunia video gaming dari pelbagai platform, sistem dan genre. Saya suka melihat sesuatu yang unik dalam satu-satu Video game tersebut. Saya akan kongsikan ulasan, buah fikiran, analisis, dan banyak lagi perkara berkaitan game yang saya main. Kebanyakkan video game yang saya main adalah SINGLE PLAYER. Saya bukanlah nak mengkritik game sangat tapi lebih kepada mahu berkongsi game yang pada saya MENARIK dan UNIK untuk hampa cuba main. Dan saya juga suka meneliti dan membahas satu-satu game tu dengan lebih mendalam.
Selain itu, saya ada juga kongsi sedikit perkara lain yang saya minat seperti instrumental music, falsafah atau cuma sembang kosong saja.
^_^ SELAMAT MENONTON ^_^